Semalam berlegar-legar di laman sosial media, mengenai video didakwa seorang lelaki telah mengasari penghantar makanan Foodpanda yang juga seorang wanita dengan menendang wanita tersebut sehingga jatuh.
Kejadian berlaku di Bandar Puteri Puchong, di Serdang. Susulan kejadian itu, sekumpulan penghantar makanan dilihat berkumpul di hadapan premis berkenaan melakukan protes terhadap perbuatan lelaki cina terbabit.
Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku apabila lelaki terbabit didapati tidak puas hati kerana wanita yang menunggang motosikal memotong ketika dia ingin membuat pusingan U.
“Akibat kejadian, lelaki terbabit menunjukkan isyarat lucah sebelum bertindak menolak mangsa. Mangsa turut ditendang sebanyak tiga kali di bahagian pinggang menyebabkan dia jatuh.”
Menurutnya, susulan kejadian itu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Puchong untuk tindakan lanjut.
“Kedua-dua individu berkenaan sudah dirakam keterangan dan pengadu bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan secara baik serta menarik balik laporan polis yang dibuat.”
Tapi tetiba, Awang terjumpa ni pulak: