fbpx

Sekatan jalan raya bagi Ops COVID-19 masih diteruskan dengan pengawalan ketat di sempadan-sempadan negeri agar tidak ada individu yang melanggar undang-undang dengan merentas negeri.

Namun baru-baru ini, satu kejadian menyentuh hati berlaku di sebuah sempadan negeri di Pahang, di mana seorang penunggang motosikal didakwa berpatah balik sebelum melintasi kawasan sekatan jalan raya.

Apa yang menyentuhnya ialah, pemandu tersebut bukanlah mahu lari dari sekatan tersebut, tapi rupa-rupanya ada sebab lain….

Limau nipis bertaburan di jalan

Semasa dalam Op Covid19, pasukan pemantau JSJ IPK Pahang terserempak dengan sebuah motosikal berpatah balik.

Rupa-rupanya insan tersebut tergesa-gesa mengutip limau nipis yang dibawanya bertaburan atas jalan raya.

Ada yang dilenyek oleh kenderaan yang lalu lalang. Bukan hanya simpati, namun “empathy” terhadap beliau, pasukan yang berada di lokasi dengan spontan membantu mengutip limau nipis tersebut.

Menurut beliau, beliau risau jika gajinya dipotong akibat kerugian limau nipis yang berteraburan.

Limau nipis tersebut bernilai RM3 ringgit untuk sekilogram dan 20 kilogram semuanya yang ada dalam guni tersebut.

Kejadian tersebut menginsafi diri, kadang kala kita leka, ada insan masing-masing dengan usaha, cara, kesusahan dalam mencari rezeki.

-Limau Nipis Di Jalanan 🍈-Semasa dalam #OpCovid19, pasukan pemantau JSJ IPK Pahang terserempak dengan sebuah motosikal…

Posted by JSJ Kontinjen Pahang on Sabtu, 30 Mei 2020


[fbcomments]