Pendakwah muda yang dikenali sebagai Dai Syed sekali lagi didakwa terlibat dalam salah laku seksual telah direman lima hari lagi bagi membantu siasatan berhubung dua laporan polis yang terbaru dibuat terhadapnya di Petaling Jaya atas dakwaan merogol, mencabul dan melakukan seks luar tabii.
Fuh ingatkan dah habis, rupanya ada lagi. Ramai mangsa telah tampil memberikan kerjasama.
Laporan ke sembilan, seorang jururawat
Difahamkan setakat ini sahaja, telah terdapat sembilan laporan semuanya terhadap personaliti berkenaan. Laporan yang terkini juga melibatkan mangsa seorang jururawat di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Mangsa mendakwa dia dicabul oleh suspek pada Disember tahun di sebuah unit studio di Seksyen 7 di sini.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, mangsa yang berusia 26 tahun itu membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, Ahad lalu dan kes berkenaan dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.
Difahamkan, mangsa mengenali suspek menerusi media sosial pada 2018 dan mula berkawan sejak itu.
Ajak makan-makan dan bawa balik rumah
Menurut anggota polis lagi, pendakwah tersebut menggunakan modus operandi yang sama terhadap mangsa-mangsa yang lain.
Modus operandi suspek sama seperti kes sebelum ini yang dia akan mengajak mangsa keluar makan sebelum membawa mangsa ke rumahnya dengan alasan mahu mengambil barang. Semasa di rumah, suspek didakwa memeluk mangsa dari belakang.
Dalam masa sama, beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan dengan meihat dari segenap aspek termasuk mengumpul maklumat berkaitan.
Menjalankan siasatan dengan adil
Polis akan menjalankan siasatan dengan adil dan semua maklumat diperoleh akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan lanjut. Suspek kini masih dalam perintah reman.
Perintah reman ke atas suspek ini dibuat bagi membantu siasatan polis berhubung dua laporan polis dibuat terhadapnya atas dakwaan merogol, mencabul dan melakukan seks luar tabii.
Sebelum ini polis Petaling Jaya menjalankan siasatan kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (merogol), Seksyen 377C Kanun Keseksaan (seks luar tabii) dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan (mencabul).