fbpx

Hanya kamu yang tahu apa sebenarnya berlaku. Haiwan pun tidak akan buat perbuatan kamu

Itulah antara kata-kata Hakim Mahkamah Tinggi ketika menjatuhkan hukuman terhadap ejen unit amanah atas kesalahan merogol, meliwat, melakukan sentuhan dan penganiyaan seksual terhadap anak kandunganny

Tidak selayaknya bergelar bapa!

Bukan sahaja dirogol, agen unit amanah ini juga tanpa teragak- agak mengaku meliwat anak kandungnya hampir setiap hari!

Malah, terdapat satu kejadian di mana mangsa menjerit kesakitan sehingga terkeluar najis akibat terlalu menahan sakit.

Itulah antara sebahagian daripada ratusan siri trauma dan keperitan dilalui mangsa yang diceritakan di hadapan Hakim.

Liwat anak kandung semasa berada di tanah suci

Lebih mengejutkan lagi, dia juga mengaku melakukan perbuatan itu kali pertama di sebuah hotel ketika mengadakan umrah di tanah suci Makkah, semasa mangsa berumur 13 tahun, dua tahun lalu.

Setiap kali diperlakukan perbuatan itu, mangsa menepis tangan bapa durjana tersebut. Namun sedihnya, apabila melawan, mangsa akan ditolak, diheret dan ditindih tanpa belas ehsan.

Mangsa turut mendakwa dihempap dari belakang, ditarik seluar, ditutup mulut dan tertuduh memasukkan kemaluan ke dalam dubur mangsa.

Diliwat 3 kali sehari setiap hari

Perbuatan keji itu dilakukan tiga kali sehari hampir setiap hari termasuk pada bulan Ramadan.

Difahamkan, pergaulan dan pergerakan mangsa telah dikawal ketat oleh bapanya itu kerana bapanya takut mangsa akan melaporkan pada pihak polis. Setiap hari juga bapanya akan hantar dan menjemputnya di sekolah.

Mangsa sering bersendirian

Menurut guru kelas, prestasi pelajar berkenaan turut lemah dan mangsa sering bersendirian di sekolah.

Apa lebih menyedihkan, mangsa tiada daya untuk mengadu perbuatan zalim bapanya itu kerana terlalu takut, bimbang dimarahi dan tidak dipercayai jika mangsa membuka cerita.

Tak nak adik-adik jadi mangsa

Namun, akhirnya remaja itu menemui kekuatan selepas bapanya menyuarakan hasrat untuk mengambil dua lagi adik perempuan yang dibawah jagaan ibunya tinggal bersama mereka.

Tidak rela apa yang berlaku ke atas diri terjadi kepada adik-adiknya, dia kemudiannya mengadu kepada ibunya pada 25 Julai ketika berada di rumah ibunya.

Pendedahan itu mengejutkan ibu mangsa sebelum laporan polis dibuat.

HANYA kamu yang tahu apa sebenarnya berlaku. Haiwan pun tidak akan buat perbuatan kamu,” kata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah ketika menjatuhkan hukuman terhadap ejen unit amanah atas kesalahan merogol, meliwat, melakukan sentuhan dan penganiyaan seksual terhadap anak kandunganny

[fbcomments]