fbpx

Sebelum ini, usahawan kosmetik Safiey Illias mendedahkan hanya 30 hingga 35 peratus sahaja bahagian tubuhnya masih asli dan sudah membelanjakan sebanyak RM2 juta untuk membuat pembedahan dan rawatan kosmetik.

Baru-baru ini pula, dia ada bagitahu nak buat pembedahan tukar warna matanya di New Delhi, India. Menurut Safiey ia merupakan kaedah kosmetik dengan menanam implant iris pada mata.

Katanya pada awalnya prosedur yang bakal dilakukan itu bertujuan untuk memperbaiki kekurangan pada mata, namun ia turut dilakukan bagi tujuan kosmetik.

“Next surgery, tukar warna mata di New Delhi. Ronanya ialah Frost Gray. Ia ditaja dan pakarnya daripada Amerika Syarikat.”

Sanggup berhabis demi kecantikan diri, Safiey berkata dia mempunyai alasan tersendiri. Tegasnya lagi, ia bergantung pada individu dan dia melakukan untuk kepuasan dirinya.

[fbcomments]