Pencetus Ummah musim ketiga, Syed Bakri Al-Yahya menegur tindakan seorang usahawan kosmetik yang mengubah ciptaan Allah SWT dengan membuat pembedahan plastik.

Usahawan kosmetik itu sebelum ini mendedahkan dia sudah membelanjakan RM300,000 menebuk dahi, hidung dan tulang rusuk.

En Safiee telah melakukan dosa di dalam dosa, semoga dia bertaubat kpd Allah, apatah lagi dia sgt berbangga dgn apa yg sedang dilakukannya sekarang

PU Syed menjelaskan perbuatan tersebut jelas haram di sisi syarak apatah lagi ianya dibuat untuk memenuhi keinginan songsang. Beliau turut menyeru usahawan kosmetik ini segera bertaubat dan tidak berbangga dengan apa yang dilakukan.

View this post on Instagram

Paknyah, antara "kebebalan" dan melayan "Perasan" Sahaja! Apa lagi nak dikata pd seorang lagi ni, yg telah kali kedua bertaubat dan kembali semula menjadi paknyah, isu taubat adalah urusan dia dgn Allah yg Maha Pengampun, namun isu dia mempromosikan kemaksiatan dan jalan hidup yg songsang kpd masyarakat adalah isu yg paling utama yg perlu segera di rawat sebelum menjadi pandemik yg sukar utk diatasi Dia dan sajjat dan rakan² sewaktu dengannya, sama² mempunyai angry bird @ punai , dan dilahirkan sempurna sebagai seorang lelaki, namun disebabkan "perasan" yg mereka telah terperangkap dlm tubuh lelaki, maka berusahalah mereka utk merubah segala yg Allah telah jadikan kpd mereka Sifat "bebal" yg terhasil dari imaginasi songsang ini, harus dirawat segera oleh pakar² psikatri dan bukan pergi mengadap Dr bedah plastik yg hanya ingin mengaut keuntungan dan merosakkan manusia seperti mereka lagi Mereka mempunyai followers "tengin" yg ramai, sehingga mengiyakan shj apa yg mereka lakukan, sedangkan BAHAYA gaya hidup mereka ini, bukan shj di dunia, bahkan boleh membahanakan pengikut yg mengikut gaya hidup mereka di akhirat nanti jika tidak sempat bertaubat yg sebenar2nya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda di dlm Hadis yg di Riwayatkan oleh Iman Muslim, yg bermaksud "Dan barang siapa yang merintis suatu sunnah (yang buruk) dalam Islam, maka baginya dosa amalan yang dirintisnya itu, serta (dia juga beroleh) dosa orang yang mengamalkannya selepas itu," Ya Allah, berikanlah kesedaran kpd mereka, namun jika gaya dan cara hidup mereka ini boleh merosakkan moral dan akhlak umat Islam khususnya di Malaysia ini, tolonglah wahai Allah, jauhkan mereka dari dunia ini Syed Bakri Al-Yahya #AdeAmbeTakut

A post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahyaofficial) on

Sementara itu, PU Amin mendedahkan dia pernah menasihati usahawan ini secara baik namun tidak diendahkan. Dakwa PU Amin lagi, apabila ditegur usahawan ini akan berada dalam keadaan tertekan dan kemurungan.

Dalam kes Safiey, dia perlu benar-benar kuat untuk berubah dan bukannya berubah untuk mendapat ‘mileage’ kepada perniagaannya semata-mata, kena benar-benar ikhlas untuk bertaubat.

Ditanya, adakah dia berhasrat untuk berjumpa dengan Safiey untuk berbincang dari hati ke hati, Syed Bakri berkata, sebelum ini dia pernah mempelawa Safiey bertemu tetapi ditolak usahawan itu.

[fbcomments]