Masih ingat tragedi MH17 yang telah mengorbankan sebanyak 298 nyawa termasuk enam sekeluarga yang berasal dari Kuching, Sarawak ini.

Bagi memastikan saham akhirat mereka berkekalan, dengan inisiatif keluarga mangsa telah membina sebuah masjid untuk kegunaan masyarakat Islam seluruhnya.

Waris mangsa sebulat suara mewakafkan wang pampasan keluarga tersebut sebagai salah satu amal jariah bagi pihak keluarga ini.

Pembinaan peringkat awalan masjid tersebut merangkumi ruang solat utama, ruang solat perempuan, tandas, tempat wuduk, pejabat dan lain-lain kemudahan. Dengan keluasan 620 meter persegi, masjid tersebut boleh memuatkan 450 orang jemaah pada satu-satu masa.

Menurut sumber, masjid ini diberi nama Al-Ghazali berkenaan dibangunkan dengan wang pampasan diterima keluarga terbabit dengan kos kira-kira RM3.5 juta.

Rasulullah SAW pernah bersabda,“Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya”.

[fbcomments]