fbpx

Apabila terjadinya wabak berbahaya datang dari negara China Koronavirus, bermacam-macam yang kita tahu apa yang ada di negara itu khususnya wilayah Wuhan.

Sebelum ini kita didedahkan tentang pasar basah yang menjual binatang-binatang eksotik seperti kelawar, koala dan ular berbisa yang difahamkan punca Koronavirus.

Walau bagaimanapun,ada juga yang kaitkan wabak ini sebagai balasan dari perbuatan negara mereka yang kejam terhadap rakyat Muslim Uighur.

Namun tahukah anda di wilayah itu juga terdapat sebuah makmal yang biologi yang dibina khusus pemerintah China sebagai tempat untuk mereka mengkaji virus berbahaya dunia.

Makmal pakar kaji virus

Kalau korang nak tahu, di Wuhan sebenarnya terdapat sebuah makmal biologi yang dibina khusus pemerintah China sebagai tempat untuk mereka mengkaji beberapa virus berbahaya yang terdapat di dunia.

Menurut sumber, makmal ini telah dibina pada tahun 2015 selepas tersebarnya SARS pada tahun 2003. Pemerintah China telah bina satu makmal kajian sendiri sebagai persediaan awal kepada mereka jika berdepan dengan ancaman biologikal.

Makmal mengkaji virus Ebola dan SARS

Makmal ini khusus untuk mengkaji Ebola dan SARS.

Malah ia juga merupakan makmal pertama yang direka memenuhi standard BSL-4 iaitu tahap biohazard tertinggi sagar sebarang kajian ke atas patagon berbahaya boleh dilakukan.

Hanya saintis yang benar-benar layak sahaja yang dibenarkan bertugas di makmal tersebut.

Saintis luar China sudah beri amaran

Pada 2017, para saintis di luar China ada memberi amaran bahawa sejenis virus yang identical dengan SARS boleh terlepas dari makmal itu.

Tapi amaran tersebut sedikit pun tidak diendahkan oleh pihak China. Malah mereka tetap berkeras dan terus membuka makmal tersebut kononnya ia merupakan satu peluang yang boleh meletakkan mereka paling hadapan dalam bidang kajian virus.

Bagaimanapun setakat ini, pakar tidak mengesyaki bahawa penyebaran Koronavirus berpunca daripada kajian di makmal itu.

[fbcomments]