Pencarian Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman masih diteruskan selepas gagal menemui usahawan kosmetik itu di banglo mewah miliknya di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Menurut laporan Kosmo! Online, pihak polis sedia membantu bagi menjejaki usahawan berusia 36 tahun tersebut yang dipercayai sedang bersembunyi.

Malah Sajat juga turut memuat naik beberapa posting berbaur sindiran di laman Instagram dipercayai ditujukan kepada penguat kuasa JAIS sebelum akaun miliknya dinyahaktifkan.

Terdahulu, Sajat dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir ke mahkamah pada sebutan semula kesnya Selasa lalu berhubung isu berpakaian wanita pada 2018.

[fbcomments]