Bila sebut sahaja Nur Sajat pasti ramai yang mengenali. Maklumlah usahawan kosmetik penuh kontroversi siapa tak kenal, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman kan?
Terkini di fahamkan dia telah didenda sebanyak RM14,500 atas tuduhan memiliki dan menjual produk kosmetik tidak berdaftar dan tidak bernotifikasi.
Sajat didenda sebanyak RM14,500
Majistret Hanie Dzatul Akhmar Zulkefli menjatuhkan hukuman itu terhadap Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd yang diwakili pengarah syarikatnya Nur Sajat dan Ashaari Maznan, 46 selepas mereka menukar pengakuan bersalah atas 17 pertuduhan dihadapi.
Hanie Dzatul Akhmar menjatuhkan hukuman denda RM1,000 bagi 12 pertuduhan manakala RM500 bagi lima pertuduhan lain terhadap syarikat itu yang juga Orang Kena Saman (OKS) dalam kes berkenaan.
Mengikut semua kertas pertuduhan, OKS didakwa memiliki keluaran yang bukan keluaran berdaftar iaitu ‘Esansue White 5 ml’; ‘Aqua Skin Collagen’; ‘Bio Swiss Bio-Celeren Stem Cell’ dan ‘placenta lucchine’.
OKS juga didakwa memiliki produk tidak bernotifikasi iaitu ‘Soothing Ampaule’; ‘Upgrade Whitening Ampaule dan ‘Pure Collagen Ampaule’.
OKS dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di premis syarikat itu di Jalan Serai Wangi K16/K Seksyen 16, Shah Alam di sini pada 11.40 pagi, 15 Ogos 2018.
Mohon hukuman diringakan
Bagi semua pertuduhan itu,OKS boleh dihukum di bawah Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000.
Terdahulu, dua pengarah berkenaan diwakili peguam bela Hasshahari Johari Mawi dalam rayuannya memohon hukuman ringan memandangkan perniagaan anak guamnya terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.