Usahawan kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman kini telah berada di Australia selama dua tahun dan telah mendapatkan kewarganegaraan di sana.
Namun, Sajat mengaku tidak sabar untuk kembali ke Malaysia dan menemui ahli keluarga yang dirindui termasuklah anak angkatnya iaitu pasangan kembar, Syaza dan Syahmi.
Sajat dalam siaran langsung yang dibuat di TikTok berkata kepulangannya pasti disambut orang ramai dan ramai yang mahu bergambar dengannya memandangkan dia merupakan artis nombor satu yang pulang setelah sekian lama.
“Sajat rasa, kalau Sajat balik Malaysia.. Sajat rasa banyak (ramai) orang nak tangkap gambar dengan Sajat.
“Kau (netizen) rasa betul tak? Haaa..gitu! Artis nombor satu balik.
“Lagi beberapa tahun sahaja lagi, ni Sajat dah dua tahun (menetap di Australia). Lagi setahun lebih je, dah boleh balik dah,”ujarnya.
Sajat juga mahu bertutur dalam bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu memandangkan kini dia memiliki kerakyatan Australia.
@sajatperempuanfuh BENDA YANG SAJAT BUAT BILA BALIK MALAYSIA #sajat #nursajat #fyp #fypシ #viral #fypシ゚viral ♬ original sound – SajatNur
“Mak (Sajat) akan speaking mat salleh (bahasa Inggeris) eh. Saya hanya akan bertutur dalam bahasa Melayu dengan ibu bapa sahaja.
“Kan dah datang ke Malaysia saja, Sajat akan cakap ‘Oh, wow! So nice. What is this? Oh, this called twin tower. Oh my god, this is twin tower. Oh my god, it is so fantastic,”ajuknya.
Sekadar info , Sajat memilih memulakan kehidupan baharu di Australia sejak Oktober 2021 kerana merasa tidak selamat tinggal di Malaysia. Sebelum ke sana, Sajat pernah melarikan diri ke Thailand namun ditahan oleh pihak imigresen pada 8 September 2021 kerana memiliki pasport tidak sah.