fbpx

 Sajat mohon maaf, apa patut saya buat?

Demikian entri terbaru dimuatnaik oleh usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri apabila datang menemui Sajat bagi mendapatkan penjelasan tentang kontroversi yang melandanya baru-baru ini.

Bukan setakat warganet je mengeluarkan pendapat masing-masing, malah kes dia turut menarik perhatian menteri dan mufti untuk tampil bersuara kerana perlakuannya bertelekung itu sudah melampaui batas.

Sajat mohon maaf

Menerusi rakaman video yang dikongsikan di Instagram jutawan kosmetik itu, Aliff memberitahu bahawa dia tak menangkan sesiapa pun dalam hal ini. Tetapi dia hanya ingin jernihkan semua pihak supaya cari jalan yang terbaik.

Video tersebut memaparkan Sajat membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Tidak mempunyai apa-apa niat

Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajad Kamaruzzaman memberitahu bahawa dia tidak mempunyai apa-apa niat dan datang ke sana (Mekah) hanya kerana mahu menunaikan ibadat dan bertemu Allah.

“Saya sedih sangat adakah orang seperti saya tidak layak untuk pergi ke rumah Allah.”

“Saya dulu memang kurang agama dan tidak insaf.

“Walau apapun saya minta maaf pada semua jabatan-jabatan, pada semua mufti-mufti, ustaz-ustaz, Pencetus Ummah, ataupun sesiapa sahaja.”

[fbcomments]