Pada Ahad, semalam Malaysia dikejutkan dengan pemergian seorang insan mulia iaitu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang dikenali sebagai Yang Berhormat Datuk Seri Haji Salahuddin Ayub. Pemergian beliau telah disahkan oleh anak perempuannya, Fatihah Salahuddin menerusi hantaran ringkas di laman Facebook.

Meninggal Dunia Selepas Pembedahan Otak
“Dukacita dimaklumakan ketua keluarga kami, Salahuddin Ayub telah menghadap Ilahi pada 9.23 malam, 23 Julai 2023”, hantaran ringkas yang dikongsikan oleh anak Allahyarham. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah yang dimaklumkan oleh Setiausaha Akhbarnya. “Jenazah Allahyarham diuruskan untuk dihantar pulang ke rumah ibu Allahyarham di Kampung Serkat, Tanjung Piai, Johor”, jelasnya.
Difahamkan, Allahyarham dikejarkan ke hospital pada Jumaat yang lepas setelah mengalami muntah-muntah sebelum doktor dapat mengesan beliau menghadapi pendarahan otak. Allahyarham juga telah menjalani pembedahan kecemasan pada pagi Ahad dan diletakkan bawah pemantauan Unit Rawatan Rapi (ICU), namun beliau telah meninggalkan dunia pada malam kejadian, hari yang sama.
Kredit: Mstar