fbpx

Laluan pejalan kaki di bandar raya Kuala Lumpur akan mendapat rangsangan besar setelah Saloma Link, jambatan pejalan kaki baru dibuka secara rasmi pada jam 2.30 petang semalam. Jambatan itu menawarkan sambungan antara Kampung Baru dan Jalan Ampang, berhampiran KLCC.

Dibina dengan kos RM31 juta

Dibina dengan kos RM31 juta (termasuk kos perundingan), Saloma Link bermula dari Lorong Raja Muda Musa 3, kira-kira 100 meter dari stesen LRT Kampung Baru dan dihubungkan dengan Lorong Saloma yang terletak bersebelahan Menara Public Bank di Jalan Ampang.

Walaupun Saloma Link tidak terlalu panjang berbanding piawaian moden, pembinaan jambatan besi itu menghadapi banyak cabaran teknikal dan logistik kerana ia perlu menyeberangi lebuh raya yang perlu kekal dibuka kepada pengguna.

Seni bina berkonsepkan klasik

Jambatan ini mengetengahkan seni bina unik berkonsepkan sirih junjung yang sangat sinonim dengan adat resam budaya Melayu dan ia akan menjadi simbol ikonik baharu ibu negara.

Nama Saloma juga diambil bersempena nama biduanita negara, Allahyarham Puan Sri Saloma.

Tarikan warga tempatan dan pelancong

Menariknya, Saloma Link itu nanti akan menjadi port bergambar paling cantik dengan berlatarbelakangkan bangunan ikon negara KLCC dengan sudut terbaik dan tanpa sebarang halangan untuk para pelancong tempatan dan antarabangsa.

Lebih menarik lagi, Saloma Link ini dihiasi sistem pencahayaan canggih iaitu sebanyak 4,100 lampu LED pada bahagian keseluruhan bumbung yang boleh bertukar warna agar ia kelihatan lebih mempesona pada waktu malam.

Malah jambatan sepanjang 370 meter itu juga disediakan 2 kawasan khas untuk bergambar!

Tidak dibuka sepanjang masa

Untuk pengetahuan, Saloma Link tidak dibuka sepanjang masa demi mengelak berlakunya vandalisme. Berkemungkinan laluan jambatan ini dibuka sama seperti waktu operasi LRT Kelana Jaya.

Dengan Saloma Link, kini terdapat sambungan pejalan kaki antara bahagian lama dan baru Kuala Lumpur.

[fbcomments]