Gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri akan dipotong selama dua bulan yang kemudiannya akan disalurkan ke Tabung Covid-19. Perkara itu telah diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet semalam.

Langkah tersebut dibuat bagi membuktikan kesungguhan kerajaan dalam membantu mereka yang telah menerima kesan akibat penularan wabak Covid-19.

“Langkah ini membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak Covid-19.

Pada 11 Mac yang lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Tabung Covid-19 bagi membantu rakyat yang tidak bekerja dan terjejas berikutan dikuarantinkan dalam bentuk kewangan

Tabung tersebut dikendalikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sumbangan boleh disalurkan kepada akaun 16010001138714 (Bank Muamalat – Tabung Bantuan Bencana Negara).

Difahamkan sehingga semalam, jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM8,493,103.48.

[fbcomments]