Bekerja dalam kumpulan adalah sangat penting kerana ia akan memberi impak kepada setiap ahli. Namun baru-baru ini tular di laman Twitter berkenaan seorang pekerja F&B yang mengadu kepada seorang TweetFamous yang dikenali sebagai @brgsjks tentang dia mahu mengupah seorang perempuan yang tidak memakai tudung untuk berlakon sebagai Karen, dan hasrat untuk rakannya yang berbau itu sedar akan ketidakselesaan orang sekeliling tentang bau badannya.

Bau Badan Dia Macam Stokin Basah
“Salam anep (brgsjks), tolong tweetkan aku tengah cari wanita cantik untuk berlakon jadi karen kat eatery tempat kerja aku. Sebabnya ada sorang staff ni bau badan dia macam dia sarapan stokin basah setiap hari”, kata seorang individu tanpa nama.
Menerusi hantaran yang dikongsikan itu, kelihatan individu terbabit sudah tidak tahan untuk menegur rakan sekerjanya itu kerana tegurannya sudah lagi tidak diendahkan. Bahkan, kawan-kawan sekerja yang lain juga sudah penat untuk menegur benda yang sama. Disebabkan itu beliau bertindak untuk mencari Karen yang boleh mengubah nasib mereka ini.
Nak Cari Yang Freehair, Kerek, Muka Yang Menakutkan
Melihat di kelayakan yang ditulis, seseorang yang dicarinya itu mestilah freehair, kerek dan mempunyai muka yang menakutkan. Skop pekerjaan hanyalah dengan datang makan dan tegur bau dia yang lalu lalang supaya boleh membuat report kepada orang atasan ataupun bersemuka dengan individu berbau terbabit.
“Kalau customer tegur baru management akan ambil tindakan rasanya, aku dah tak tahan biar aku sendiri bayar karen ni”, tulis individu itu lagi yang sanggup membayar sebanyak RM150 hingga RM250 bergantung kepada tahap kecantikan wanita yang mahu berlakon sebagai Karen.
Reaksi Netizen Di Twitter
Menjengah di ruangan komen di laman Twitter, rata-rata mereka mahu sertai ujibakat untuk berlakon sebagai Karen, dan pelbagai reaksi mereka ini telah mencuit hati ramai orang.



Kredit: Twitter Brgsjks