fbpx

Siapa sangka kes membunuh ibu sendiri kini menjadi satu kebiasaan untuk mereka yang rasa tidak berpuas hati atas sebab yang kecil sahaja. Pantang ditegur, lalu rela menamatkan riwayat ibu tersayang.

Itulah yang terjadi terhadap seorang anak yang sanggup menetak ibu kandung akibat marah ditegur kerana buat bising.

Tetak Kepala Ibu Guna Kapak

Kejadian ini berlaku pada jam 8 malam semalam, mangsa yang berumur 73 tahun itu dipertemukan berlumuran darah di ruang tamu rumah.

“Mangsa terbunuh di tempat kejadian iaitu di rumah mereka selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta leher”, kata Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz.

Menurutnya kenyataanya pada hari ini, kejadian berlaku dipercayai akibat tindakan mangsa menegur anaknya itu kerana membuat bising yang menyebabkannya mengamuk dan memukul kepala mangsa dengan menggunakan senjata tajam.

Mempunyai Rekod Psikiatri Lampau

Berdasarkan ulasan yang diberikan oleh pihak polis, suspek mempunyai rekod psikiatri lampau, yang turut memberi punca kepada kes pembunuhan ibunya.

Tindakan tergamak beliau menetak leher dan kepala ibunya beberapa kali menggunakan kapak hingga maut di rumahnya di Taman Temiang Utama menjadi sorotan kes di Muar, Johor semalam. Turut dirampas sebilah pisau dapur dan kapak yang disyaki digunakan suspek dalam kejadian itu.

Kredit: Twitter BuletinTV3, Harian Metro

[fbcomments]