Nama pengarah dan pelakon berbakat, Isma Yusoof pernah popular satu ketika dahulu apabila berjaya menghidupkan pelbagai watak sehingga terbawa-bawa dalam hati penonton.

Terbaru, pemilik nama Azma Aizal Yusoof itu telah menggemparkan industri hiburan apabila dengan beraninya mengaku dirinya adalah seorang transgender..

Menurut Isma, dia ingin menjadi dirinya sendiri tanpa perlu berpura-pura di hadapan orang lain. Bahkan, dia mengaku bahawa dia hanya tertarik kepada lelaki. Kenyataan itu dinyatakan sendiri oleh dirinya dalam IGTV miliknya

Saya bangga saya PONDAN. Saya hanya tertarik kepada lelaki maskulin. Insyaallah.”

Dalam masa yang sama, Isma turut membidas persoalkan netizen yang bertanya mengenai suara dan wajahnya seperti seorang lelaki, tidak seperti transgender lain dengan menegaskan bahawa seorang ‘transgender’ lelaki tidak semestinya perlu mengubah penampilan mereka dengan memakan hormon, jalani pembedahan plastik sana-sini semata-mata nak menjadi seorang wanita.

Ada yang persoalkan suara saya, cakap muka saya ini muka jantan. Tak macam Sajat atau pondan-pondan yang makan hormon.

Kenapa nak kena makan hormon? Bila korang tak terima transgender ini korang hanya terima wanita dan lelaki, itu yang pondan ramai makan hormon.

Potong itu, potong ini, operate sana sini menjadi wanita untuk masyarakat terima. Saya gembira dengan wajah, badan dan suara saya.

Tak perlu nak kepit suara sebagainya, oh tidak. Tetapi kalau berlakon kena kepit, saya kena kepitlah.

[fbcomments]