Pelakon dan pengacara, Janna Nick mengejutkan orang ramai apabila mengumumkan keputusan untuk menghentikan usaha mendapatkan zuriat atau Trying to Conceive (TTC) yang dilakukan bersama suaminya, Dini Schatzmann.
![]()
Janna Nick Ambil Keputusan Hentikan TTC Selepas Sering Jadi Bahan Bualan Kerana Bentuk Badan
Menerusi satu perkongsian di Threads, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkata keputusan itu dibuat berkuat kuasa serta-merta selepas dia berasa kecewa apabila perubahan fizikal dan bentuk badannya sering menjadi perhatian serta bahan bualan segelintir pihak. Susulan itu, dia memaklumkan mahu memberi tumpuan kepada usaha menurunkan berat badan selepas ini.
Dalam hantaran sama, Janna turut meluahkan rasa terkilan terhadap segelintir pengamal media yang didakwa tidak berhenti mengulas mengenai bentuk badannya.
![]()
Luahan tersebut mengundang perhatian ramai apabila perkongsiannya menerima lebih satu juta tontonan dalam masa sehari. Rata-rata peminat dan netizen tampil memberikan sokongan serta kata-kata semangat, selain menasihatinya agar tidak terlalu memikirkan kritikan orang lain.
Untuk rekod, Janna dan Dini mendirikan rumah tangga pada Jun 2023 dan sebelum ini terbuka berkongsi perjalanan serta usaha mereka untuk mendapatkan cahaya mata.
Kredit: Thread jannanick