fbpx

Pelakon Fasha Sandha menerima pelbagai kritikan sebelum ini kerana masih berpakaian ketat meskipun baru sahaja balik daripada menunaikan umrah. Namun semalam, pelakon itu kelihatan berhijab ketika memenuhi undangan Ramadan Buffet Preview di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Ternyata perkara itu masih lagi mengundang ketidakpuashatian warga net kerana ada pula yang mengatakannya bersikap hipokrit dan meninggalkan komen sinis terhadapnya.

“Nama pun pelakon” -Kata @CahayaSiti12

Pada petang Khamis, Fasha telah membuat satu hantaran di Instagram miliknya yang jelas menyatakan kekecewaannya.

Fasha mengucapkan terima kasih kepada pengikut yang berfikiran positif dan mendoakannya selalu dan juga buat mereka yang sering menghinanya.

Fasha meminta untuk tidak melibatkan kerjayanya kerana dia juga seorang manusia biasa yang mencari rezeki seperti orang lain.

“Ya,saya hanyalah insan yang tidak sempurna, banyak kekhilafan dan kekurangan. Ya, kerana saya tiada pangkat dan darjat, saya bukanlah level kayangan, jadi anda boleh menghukum saya kerana saya tidak berhijab?

“Kerjaya saya adalah pelakon dan duta produk, ianya adalah kerjaya saya tapi bukan bererti saya milik masyarakat.

Jangan label saya hipokrit

“Jangan senang untuk melabel saya ‘hipokrit’ hanya kerana saya berhijab ke majlis tertentu. Saya yakin ramai lagi wanita yang free hair yang melakukan perkara yang sama seperti saya. Cuma bukan bererti yang telah berhijab boleh menghina kami sebegitu.”


Sumber: Instagram @fashasandha

[fbcomments]