Baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang pengantin wanita, Zuraidah Ahmad, yang menjadi perhatian netizen selepas solekannya pada hari perkahwinan menerima kecaman, khususnya di platform Threads.

Namun, di sebalik kritikan tersebut, solekan yang dipakai Zuraidah sebenarnya dilakukan sendiri oleh anak-anaknya yang datang awal untuk membantunya bersiap pada hari bahagia berkenaan.

Solekan Pengantin Wanita Dikecam Netizen, Rupanya Hasil Air Tangan Anak Sendiri

Menurut anak-anak Zuraidah, ibu mereka sudah bangun seawal jam 5 pagi sebelum menghubungi mereka supaya datang lebih awal untuk melakukan solekan. Ketika sedang disolek, Zuraidah turut meminta anak-anaknya memastikan dia kelihatan cantik pada hari tersebut. Mereka berkata, pada awalnya segala-galanya berjalan lancar dan Zuraidah juga berpuas hati dengan hasil solekan berkenaan. Bagaimanapun, keadaan berubah selepas satu siaran langsung dibuat menggunakan telefon lama milik ibu mereka.

Menurut mereka, kualiti kamera telefon tersebut menyebabkan paparan solekan Zuraidah kelihatan berbeza, sedangkan ketika majlis berlangsung, tiada masalah dengan penampilannya.

Selepas selesai akad nikah dan makan, Zuraidah dikatakan mahu membuat siaran langsung. Tidak lama kemudian, anak-anaknya menerima panggilan supaya melihat Threads selepas wajah ibu mereka mula menjadi bahan kecaman.

Perkara itu membuatkan mereka berasa sangat terkilan kerana orang ramai tidak mengetahui bahawa mereka telah berusaha sejak awal pagi untuk menyiapkan ibu mereka sempena hari bahagianya.

Dalam luahan mereka, anak-anak Zuraidah turut meminta orang ramai supaya tidak menghina ibu mereka kerana mereka sudah cuba melakukan yang terbaik. Mereka juga berharap segala hinaan yang dilemparkan terhadap ibu mereka mendapat balasan daripada Allah.

Bagaimanapun, Zuraidah tidak mengambil hati dengan komen yang diterimanya dan tetap menghargai usaha anak-anaknya. Malah, untuk perkahwinan terbaharunya itu, dia mengakui ia merupakan kali pertama dia mengenakan solekan tebal.

Bagi Zuraidah, perkara paling penting ialah dia mengetahui anak-anaknya sudah memberikan yang terbaik dan ikhlas mahu melihatnya tampil cantik pada hari bahagianya.

Kredit: TikTok entahlahhhhhhh15

 

[fbcomments]