Kecoh di media sosial baru-baru ini mengenai insiden pergaduhan sekumpulan remaja melibatkan beberapa orang Youtuber di gelanggang futsal.

Susulan insiden tersebut, salah seorang individu yang didakwa cuba meleraikan pergaduhan itu telah menjadi mangsa iaitu Rahimie sehingga cedera di bahagian kening dan badannya.

Temubual bersama Rahimie

Terbaru, penyanyi rap iaitu Caprice menerusi entri di Instagramnya berkongsi sebuah video temubual bersama Rahimie mengenai insiden tersebut.

Rahimie mendedahkan kejadian pada malam tersebut dan dia mengakui tidak mengenali mereka. Difahamkan, dia cuba untuk meleraikan pergaduhan yang berlaku di gelanggang futsal tersebut dan meminta pasukannya dan pihak Hafiz memohon maaf sebelum Hafiz didakwa menghubungi Isa Isarb.

Saya tidak mengenali mereka. Saya cuma datang untuk bermain futsal sahaja. Perkara itu berlaku bersebab. Saya cuba meleraikan jadi saya cakap dengan dia orang kenapa perlu bergaduh? Kalau nak bergaduh, boleh ke gelanggang.

Kalau nak bermain, boleh teruskan bermain. Dia masih bercakap, jadi saya cakap apa lagi yang tak puas hati? Saya minta kumpulan saya untuk meminta maaf kepada dia. Dan saya cakap perkara yang sama juga dengan dia

Pihak saya minta maaf, pihak sana ciao (beredar). Kemudian, mereka datang semula. Dia mula jerit dipukul. Saya ingat seseorang tujukan tangan ke arah saya. “Haa, dia ni pun ada” sedangkan saya meleraikan pergaduhan tersebut.

Beliau turut mendakwa bahawa dirinya tak memulakan dahulu pergaduhan dengan menumbuk pihak sana seperti yang diperkatakan. Malah dia turut menyatakan dia memerlukan keadilan dalam kes ini.

Saya tidak pukul langsung pihak sana. Hanya bercakap secara lisan, saya tidak tolak dia atau tumbuk. Saya perlukan keadilan saja.

[fbcomments]