fbpx

Tiga sekeluarga maut apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 37, Jalan Klang-Teluk Intan berhampiran Kapar, Jeram dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Ramli Kasa berkata dalam kejadian pada kira-kira pukul 10.30 malam itu ketiga-tiga mangsa maut di lokasi kejadian.

Mangsa yang maut ialah pemandu kereta, Nurkhalisah Ali Yusri, 24, adiknya, Nur Syafiqah Ali Yusri, 17, dan ibu mereka, Anni Kholilah berusia 42 tahun.

Ramli berkata kenderaan pacuan empat roda itu dipercayai telah terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta dinaiki ketiga-tiga mangsa.

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM JBPM BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA.PASUKAN : CHARLIEJENIS INSIDEN :…

Posted by Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Selangor on Ahad, 23 Ogos 2020

Pemandu mabuk hidup, ibunya meninggal

Dalam pada itu, menerusi perkongsian di laman Facebook, pendakwah PU Rahmat, menyatakan kemalangan tersebut berpunca daripada pemandu mabuk.

Menurut PU Rahmat, mangsa kemalangan tersebut adalah ibu kepada seorang sahabatnya, membuatkan dia turut berasa terkesan dengan musibah yang melanda keluarga mangsa.

Innalillahi wainna ilahi rajiun.Hari ini sahabat baik mak saya meninggal dunia kerana dilanggar pemandu mabuk….

Posted by Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan on Ahad, 23 Ogos 2020

Saya tuntut tindakah keras kepada pemandu Mabuk !

Sampai bila mereka akan terus terlepas ? Mana dia akta pemandu mabuk?

Bayangkanlah anak gadis berumur 17 tahun yang meninggal kerana cina mabuk ini adalah anak kalian.

[fbcomments]