Tujuh maut manakala tiga cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah treler dengan kenderaan pelbagai guna Perodua Alza, di Jalan Keramat Pulai menghala ke Cameron Highlands.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai menerima panggilan kecemasan kejadian pada jam 5.55 petang, sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Kemalangan membabitkan sebuah treler dan sebuah Perodua Alza. Jumlah mangsa terbabit adalah seramai 10 orang.

Jumlah mangsa terbabit dalam kemalangan ialah tujuh maut manakala tiga cedera. (Yang maut ialah) dua kanak kanak lelaki, (tiga) perempuan dewasa dan (dua) lelaki dewasa.

Mangsa yang cedera pula membabitkan dua kanak kanak lelaki manakala satu lelaki dewasa cedera parah.

Kesemua yang maut dalam kenderaan Perodua Alza itu mempunyai ikatan kekeluargaan.

Dengar tangisan kanak-kanak

Sayu hati bila dengar jeritan dan tangisan kanak-kanak dari dalam kenderaan, nampak tubuh mangsa saling bertindih kerana keadaan kereta sudah terbalik – Saksi kejadian, Syazwan Muhd Suhaimi.

Syazwan berkata, kejadian itu berlaku betul-betul di hadapan gerainya menyebabkan kira-kira 10 pelanggan yang sedang makan lari ke arah kenderaan bagi membantu mangsa.

Pecahkan cermin dan buka bahagian but

Kami terpaksa pecahkan cermin dan buka bahagian but untuk bantu keluarkan mangsa, hanya tiga mangsa termasuk dua kanak-kanak lelaki dapat dikeluarkan.

Melihat mangsa saling bertindih dengan cedera teruk dan darah sana sini, kami tak berani nak ambil tindakan lanjut, takut keadaan menjadi lebih membahayakan mangsa.

Sempat minta mangsa istighfar

Menceritakan detik kejadian, Syazwan berkata, dia mendengar bunyi hon panjang disusuli bunyi dentuman kuat dan suara jeritan mangsa.

Selepas beberapa ketika hanya suara tangisan dan jeritan meminta tolong memenuhi suasana di lokasi kejadian, beberapa orang yang datang membantu sempat meminta mangsa istighfar dan mengucap.

Dia berkata, ia adalah kejadian pertama berlaku di tempat itu sejak gerai berkenaan dibuka Disember lalu.

[fbcomments]