fbpx

Penggunaan media sosial yang kian berleluasa dikalangan generasi sekarang semakin membimbangkan apabila golongan-golongan mereka ini banyak terpengaruh dengan apa sahaja yang terpapar di laman sesawang. Sejak kebelakangan ini, penggunaan ayat “sebab boleh” semakin tersebar kerana ia kedengaran kelakar dan “ganas” apabila mereka mahu menjawab sebarang jawapan yang ditujukan kepada mereka.

Guru Penat Dah Dengan Jawapan Merepek Murid Beri Di Kertas Exam

Baru-baru ini tular sebuah video yang dimuat naik oleh @muazsamad di laman TikTok berkenaan seorang murid menulis jawapan “sebab boleh” di atas kertas jawapan dan pemilik video yang merupakan seorang guru lalu mengeluh apabila baca jawapan merepek tersebut.

Pada ruangan soalan “Mengapakah lebuh raya dibina di Malaysia”, dan pelajar itu menulis jawapan “Sebab boleh” pada ketiga-tiga ruangan jawapan.

Rasa Penat Dan Rasa Mahu Nangis!

Tidak ketinggalan juga di laman Twitter, terdapat beberapa individu yang bergelar guru turut meluahkan rasa letih dengan karenah anak muda sekarang yang menggunakan perkataan “merepek” hanya kerana ia kedengaran trendy dan kelakar. Lagi memenatkan apabila kertas jawapan yang diterima oleh guru-guru ini diterima tanpa jawapan kerana murid-murid yang tidak bertanggungjawab bertindak mahu mengosongkan ruangan jawapan.

Mereka ini meluahkan rasa letih dengan sikap endah tak endah anak-anak muridnya yang dilihat semakin hilang arah dalam arus pembelajaran.

Nampak Kelakar Tapi Menyedihkan

Meninjau di ruangan komen TikTok @muazsamad, terdapat segelintir dikalangan netizen turut luah rasa kecewa dengan jawapan yang diberikan, manakala ada juga yang menjadikan “lawak” tersebut sekadar gurauan bagi generasi mereka ini.

Kredit: TikTok Muaz Samad, Twitter efanhamza, i_isMin

[fbcomments]