Tidak pernah sunyi daripada kontroversi, pelakon sensasi, Scha Elinnea yang sebelum ini sering dikecam kerana berpakaian menjolok mata ini sekali lagi menarik perhatian netizen dengan berpakaian seksi sambil memaparkan tatu berbentuk tulisan pada badannya.


Gambar seksi beraksi atas katil itu dimuat naik Scha dalam satu hantaran di Instagramnya semalam.
Gambar itu mengundang kecaman netizen kerana menampakkan tulisan seakan-akan my baby girl pada rusuk kanan dan satu tatu di perut kirinya.
Pelakon yang terkenal menerusi drama Perempuan Tanpa Dosa itu kemudian tampil membuat penjelasan bahawa ia tatu palsu.
Jangan risau, itu hanya tatu palsu dan akan hilang dalam tempoh dua hingga tiga hari. Tidak kekal.
Tatu palsu itu pun saya membelinya secara dalam talian di sebuah platform dagang terkenal.
Tambah Scha, dia juga tidak kisah dengan segala kecaman yang dilemparkan oleh netizen kepadanya berhubung isu tatu tersebut.
