Malam tadi telah berlaku satu kejadian dimana sebuah kereta Proton Saga telah musnah dalam kebakaran di kaunter pandu lalu restoran makanan segera, McDonald’s di Jalan Padang Hiliran, Kuala Terengganu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Rozizah Abni Hajar berkata, seramai lapan anggota ditugaskan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira pukul 12.31 malam.

Kebakaran melibatkan kereta Proton Saga yang musnah 100 peratus, bagaimanapun tiada mangsa yang cedera.

Ketika kejadian kereta itu dinaiki dua mangsa iaitu lelaki dan perempuan yang berusia dalam lingkungan 20-an.

Difahamkan bomba telah mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memadamkan kebakaran tersebut. Namun punca kebakaran masih belum diketahui.

[fbcomments]