Jocelyn Chia menimbulkan kemarahan ramai warganegara Malaysia apabila menjadikan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai bahan lawak.
Video itu juga turut mendapat perhatian Intan Maizura Othman isteri kepada pramugara pesawat MH370 yang juga mangsa tragedi tersebut.
Menurut Intan perkara tersebut tidak lawak dan tidak sesuai dijadikan konten. Intan memberitahu anak lelakinya masih menangis atas kehilangan ayahnya iaitu,Hazrin Mohamed Hasnan.
“Ia masih tak kelakar, tak kisahlah sejahat mana pun kamu, jangan sebut mengenai MH370 atau buat lawak terhadap tragedi itu.”
“Tahu tak berapa ramai ibu-ibu yang masih menangis sehingga hari ini? Kamu tak tahukan? Sebab kamu tiada empati, tak ada hati perut. Atau mungkin kamu tak ada keluarga pun. Kalau ada pun, mereka pasti malu dengan lawak bodoh kamu,” ujarnya.
@intanmaizuraothaman #stitch with @ComedyCellarUSA Jocelyn Chia. Leave MH370 out of your humourless depressing gig. You such a disgraceful heinous individual! Not to forget your voice is sooo annoying! I don't understand how the audiences can stay listening to your bad pitched voice.. #sistanyajer ♬ original sound – Intan Maizura Othaman ✈️
Intan juga berpendapat pelawak itu tidak perlu terlalu mengejar penerimaan orang ramai dengan lawak yang dianggap bodoh itu. Intan berkata lebih baik seseorang itu mempunyai hati dan perasaan berbanding tinggal di negara yang kononnya kelas pertama dunia.
Sekadar info, Intan kehilangan suaminya dalam tragedi sembilan tahun lalu yang mana ketika itu dia sedang mengandung anak kedua yang dinamakan Muhammad.