fbpx

Pelik dengan sikap segelintir masyarakat yang masih tidak peduli dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Mereka seolah-olah tidak peka langsung dengan keadaan semasa dan sedikit pun tiada perasaan takut atau risau.

Menerusi satu video tular dipercayai lokasinya di Kuala Langat, Selangor ini masih terdapat beberapa peniaga pasar membuka kedai dan ada juga terdapat pelanggan yang berkunjung.

Polis arahkan tutup kedai serta merta

Walau bagaimanapun, didalam video tersebut dilihat pihak berkuasa datang membuat rondaan dan telah mengarahkan peniaga menutup premis perniagaan mereka serta merta.

Keras kepala, dah macam festival dekat pasar

Bukan sahaja di pasar Kuala Langat, malah di kawasan Pasar Air Itam di Penang juga mengalami situasi yang sama, penuh dengan orang ramai yang masih berkunjung untuk membeli barang.

Kami di Bawang Rangers mohon rakyat Malaysia berfikir dengan rasional dan janganlah mementingkan diri sendiri. Sedarlah, tindakan anda itu mungkin akan menjadi salah satu faktor penularan COVID-19 akan bertambah.

[fbcomments]