Korang perasan tak, artis serta selebriti Indonesia ni memang tak pernah surut kan dengan pemberitaan sensasi yang tidak dijangka.
Baru-baru ni pula, tular berita perkahwinan sesama jenis seorang selebriti Bigo, Key Ikeyda.
Difahamkan Key sebenarnya adalah seorang lelaki yang cuba menjadi wanita termasuk dari segi fizikal dan penampilannya.
Kongsi video pernikahan
Key yang merupakan seorang lelaki telah menukar penampilannya kepada seorang wanita berkongsi beberapa hantaran termasuklah foto dan video majlis pernikahannya.
Tidak dinafikan ramai yang berasa terkejut, kecewa dan tidak kurang juga ada yang marah dengan tindakannya itu kerana beranggapan majlis perkahwinan mereka tidak sah sama sekali di sisi agama.
Ingin jadi wanita sempurna
Nampaknya dia sedikit pun tak terkesan dengan kecaman dan tohmahan yang diterima itu. Malah Key beranggapan pernikahanya itu adalah satu detik yang begitu penting buatnya.
Jujur saya bukan perempuan pada lazimnya seperti perempuan-perempuan yang lain atau kalian yang sempurna kerana saya adalah perempuan yang tidak sempurna sejak lahir.
Saya berusaha untuk menjadikan diri saya sebagai perempuan yang benar-benar sempurna di mata Allah, keluarga dan pasangan saya.Pernikahan saya tidaklah main-main serta sah ataupun tidak sah menurut kalian, saya bukanlah orang bodoh dan saya tahu akan peraturan yang perlu saya patuhi.
Jika anda tidak mengenali siapa saya sebenarnya, berikan peluang untuk saya buktikan kepada masyarakat Indonesia dan yang menonton video saya untuk jadikan detik ini sebagai yang terakhir setelah apa yang saya alami.