Sebenarnya isu selebriti buka tudung seperti sudah menjadi kontroversi yang biasa berlaku setiap tahun. Walaupun di antara mereka memutuskan untuk ‘freehair’, namun penampilan mereka masih terlihat sopan dan cara pemakaian mereka pun tidak terlalu terdedah di media sosial.


Namun berlainan pula dengan selebriti di negara jiran kita, Indonesia dimana penampilannya nampak jauh lebih seksi dari selebriti lain. Tidak dinafikan kebanyakan dari mereka akui bahawa tewas dan tidak dapat meneruskan imej berhijab dan muslimah.

Justeru, kali ini Bawang Rangers nak membawang sikit mengenai selebriti-selebriti Indonesia ini yang nampak jauh lebih seksi. Siapakah mereka?

1. Salmafina

Salmafina antara instafamous popular di Indonesia di mana setiap penampilannya sering menjadi tumpuan ramai kerana sering kelihatan seksi dan menjolok mata.


Tetapi setelah dia dilamar oleh jejaka bernama Taqy pada September 2017, Salmafina mengubah penampilannya. Salmafina mula memakai tudung. Namun malangnya, perkahwinan mereka berakhir pada awal tahun 2018.

Selepas perceraiannya dari Taqy, nama Salmafina jarang didengar. Pada masa ini Salmafina muncul semula dengan memutuskan untuk tidak bertudung lagi.

Apa yang lebih memeranjatkan ialah, Salmafina mula memamerkan dirinya tanpa  hijab pada akaun Instagram peribadinya dengan caption keputusannya untuk tidak bertudung kerana imannya yang tidak berbelah bahagi.

2. Cynthiara Alona

Cynthiara memutuskan untuk tidak lagi bertudung pada tahun 2017. Tapi apa yang perasan, sejak kebelakangan ini penampilan Cynthiara sangat berani dan di luar jangkauan.

Dia sering menunjukkan gambar-gambar menjolok malam dengan mengenakan bikini menerusi instagramnya untuk tatapan dan santapan umum.

3. Marshanda

Selepas berpisah dengan suaminya Ben Kasyafani, Marshanda terus berubah penampilannya dengan mengambil keputusan untuk freehair dan tidak lagi berhijab.

Tidak dinafikan dia juga seringkali dikecam oleh netizen dengan penampilannya itu.

4. Nikita Mirzani

Antara bintang paling popular Nikita Mirzani ini pernah mencetuskan kontroversi terhadap keputusannya mengenakan hijab. Nikita yang sering berpenampilan seksi itu secara tiba-tiba menutup auratnya.

Tetapi, tak lama selepas itu dia kembali semula menanggalkan hijabnya itu.

5. Rina Nose

Rina Nose, selebriti yang dulu berhijab kini lebih selesa berpenampilan free hair. Kadang kala dia juga menggayakan bikini sahaja tanpa rasa serba salah, walaupun ramai yang menegurnya di media sosial.

[fbcomments]