Setelah Hagia Sophia ditukarkan menjadi masjid pada pertengahan Julai, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan kini ingin menukar beberapa lagi gereja lain menjadi masjid.

Menurut keputusan yang dikeluarkan oleh istana presiden minggu lalu, dilaporkan bahawa solat akan diadakan di Gereja Chora atau kini lebih kenali sebagai Muzium Chora dan akan diuruskan oleh Pejabat Urusan Agama Turki (Diyanet).

Sejarah yang sama dengan Hagia Sophia

Muzium ini mempunyai sejarah yang sama seperti Hagia Sophia. Ia dibina oleh Empayar Byzantine pada abad ke-6, kemudian semasa pemerintahan Empayar Uthmaniyyah, penguasa Grand Vizier Bayezids II, Atik Ali Pasa mengubah gereja tersebut menjadi masjid pada tahun 1511.

Setelah penubuhan Republik Turki, pada tahun 1945, kabinet Turki memutuskan untuk menjadikannya sebuah muzium. Bekas gereja Chora sering menjadi tarikan pengunjung disebabkan lukisan dinding dan mosaik yang masih dipelihara dengan baik.

Gereja Chora kini bertukar menjadi masjid

Pada 21 Ogos 2020, Presiden Turki telah menandatangani pengisytiharan menukar bangunan Gereja Chora itu kepada masjid bagi umat Islam. Gereja Chora ini merupakan gereja pertama yang ditukar menjadi masjid. Bagaimanapun, keputusan Erdogan itu sedikit sebanyak menambah ketegangan di Turki dan negara jiran iaitu Greek dan gereja-gereja lain.

Kementerian Luar Greek menyifatkan keputusan itu sebagai satu provokasi terhadap orang-orang beragama oleh pemerintah Turki. Bagaimanapun, Presiden Turki belum lagi mengumumkan solat pertama yang bakal diadakan di Gereja Chora itu.

[fbcomments]