fbpx

Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sikap pemurah dan baik hati lebih-lebih lagi jika ia melibatkan sesuatu yang menyedihkan berlegar di media sosial.

Namun orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dengan taktik segelintir individu yang cuba mengambil kesempatan atas kebaikan masyarakat kita.

Baru-baru ini seorang pemuda berkongsi posting mengenai kelibat seorang lelaki warga Rusia yang pernah diselamatkan polis kerana terkandas di Temerloh, Pahang pada April lalu.

Menerusi satu posting di Facebook, Apishh Peace mendakwa ternampak kelibat lelaki dikenali sebagai Maxim Lapin itu bersama seorang rakannya di kawasan Tapah, Perak pada Jumaat.

“Yang ni ke mat salih yang viral tu? Sekarang ada di kawasan Tapah, Perak. Hati-hati yer kome,” tulisnya.

Dalam postingnya, Apishh turut memuat naik dua video yang menyaksikan lelaki warga asing tersebut dan rakannya didekati beberapa anggota polis sewaktu berada di lokasi yang sama.

Perkongsian tersebut turut mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang menyifatkan mat salih itu sebagai scammer.

Seorang pemuda yang dikenali sebagai Zu Lee Lean turut mendedahkan pernah terserempak dengan lelaki tersebut sebelum ini.

Tak payahlah kita baik sangat kepada bagpackers macam ni. Dah puas mengemis nanti dia akan ke negara lain pula dengan modus operandi yang sama.

“Lepas Temerloh, Nilai… Port Dickson. Tak sangka dia ada kat Perak pula. Kalau dia minta sedekah call je bahagian penguatkuasa imigresen.”


[fbcomments]