fbpx

Pada September lalu, kerajaan ada mengumumkan Bantuan Prihation Nasional (BPN) 2.0 sebagai bantuan tambahan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat berikutan COVID-19.

Pemberian BPN 2.0 adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020 (B40 dan M40) yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan.

Jumlah bantuan yang akan disalurkan di bawah BPN 2.0 adalah seperti berikut :

  • Pertama RM1000 Kepada 3.7 juta isi rumah B40
  • Kedua RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 Bujang
  • Ketiga RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40
  • Keempat RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 Bujang

Dah boleh buat semakan

Untuk membuat semakan penerima BPN 2.0, anda boleh layari portal rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my/.

Sekiranya anda tidak tersenarai sebagai penerima BPN 2.0, permohonan baharu dan rayuan boleh dikemukakan mulai hari ini, 15 Oktober sehingga 15 November 2020.

Bayaran dua fasa

Seperti sebelum ini, pembayaran akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada penghujung Oktober 2020 dan Januari 2021.

Bagi permohonan baharu, ianya akan diproses selepas tempoh permohonan ditutup iaitu 15 November 2020. Sementara itu, permohonan baharu yang diluluskan pula akan menerima bayaran bantuan BPN 2.0 sekaligus pada Januari 2021.

[fbcomments]