Ajal, jodoh dan rezeki seseorang itu merupakan rahsia daripada Allah S.W.T. Tiada siapa dapat menduga jalan kehidupan dan juga pengakhiran kita di dunia ini bagaimana.
Baru sahaja peluk Islam
Menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Othman Abu Bakar, satu kematian telah berlaku yang melibatkan jenazah seorang mualaf.
Lelaki tersebut didakwa meninggal dunia selepas sehari memeluk Islam. Oleh sebab itu, jenazahnya telah pun selamat disemadikan sebagai seorang Muslim.
Syurga tempat kamu
“Semoga syurga tempat kamu Bro Tan Foo Hock. Alfatihah.”
Siapa sangka pengakhirannya cukup indah.