fbpx

Dikenali sebagai pemimpin berjiwa rakyat, baru-baru ini YDPA, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,  berkenan mencemar duli bersantap di sebuah kedai roti tempayan di Pekan Pahang.

Baginda yang ketika itu dalam perjalanan ke Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Sungai Soi, sempat berhenti di kedai itu untuk menikmati santapan roti tempayan.

Tak kisah makan kedai tepi jalan

Menerusi muat naik di Instagram Istana Negara, memaparkan beberapa foto baginda, kelihatan berselera menjamah makanan di kedai tepi jalan.

Aksi bersahaja Seri Paduka baginda telah menarik perhatian ramai, rata-ratanya menyifatkan baginda seorang sultan yang berjiwa rakyat

[fbcomments]