Pelawak, pelakon dan juga penyanyi, Achey mengakui sedih apabila konflik antara pelawak Ali Puteh dengan kakak iparnya yang juga isteri kepada Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali kembali hangat diperkatakan.
BACA : Ali Puteh Saman Kakak Ipar, Hidayah Mengaku Ambil Tabung & RM10K Dari Akaun Suami Untuk Anak
Sudah nasihatkan mereka berdua
Menurut Achey, dia dan rakan seperjuangannya, Fad Bocey sudah menyarankan kepada kedua-dua belah pihak supaya membincangkan konflik itu secara tertutup.
Sedih apabila perkara ini berlaku. Saya dan Fad ada menghubungi kedua-dua belah pihak dan menyarankan agar perbincangan diadakan secara musyawarah.
Kita ada hukum Islam yang boleh diikuti dan dengan itu, semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Namun, nampaknya saranan kami tidak diterima.
Akan memberi kesan pada anak arwah
Tambah Achey, dia tidak mahu kemelut yang berlaku ini memberi kesan kepada anak arwah, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun dua bulan.
Bukan apa. Kalau kemelut ini berterusan saya takut ia memberi kesan kepada Hamzah apabila dia sudah dewasa nanti.
Kami hanya orang luar
Walau bagaimanapun, menurut Achey dia dan Fad hanya orang luar. Tiada hak untuk masuk campur lebih-lebih. Mereka hanya mampu nasihat dan tegur.
Tapi, saya dan Fad pun ada batasan kerana kami tak boleh terlalu masuk campur memandangkan kami bukanlah ahli keluarga.
Konflik timbul apabila Ali memfailkan saman balas terhadap Hidayah yang mengaku dia memindahkan wang dari akaun bank Abam sebanyak RM10,000 selain mengambil empat jam tangan milik arwah.