fbpx

Akhirnya selepas 15 hari melarikan diri sebaik dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 Oktober lalu, Goh Leong Yeong @ Alvin yang terbabit dengan kegiatan Macau Scam, judi dalam talian dan pengubahan wang haram kini berjaya ditahan polis.

Di tahan di Lembah Klang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Huzir Mohamed, suspek ditahan bersama seorang wanita di luar Lembah Klang.

Suspek kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk tujuan permohonan reman.

Suspek dikehendaki polis berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian.

Difahamkan, Alvin ditahan di Genting Highland susulan operasi khas diadakan polis yang memburu suspek.

Pada 11 Oktober lalu, suspek dikatakan berjaya meloloskan diri dengan memanjat pagar belakang bangunan SPRM dengan sebuah kenderaan yang menunggunya di luar pagar.

Difahamkan, ketika kejadian, lelaki itu bersama tiga lagi suspek terdiri daripada dalang utama serta dua anggota polis dalam proses diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan berhubung kegiatan judi dalam talian dan penipuan Macau Scam.

[fbcomments]