Pelakon Sharnaaz Ahmad meminta semua pihak berhenti berbalah apabila namanya dikaitkan dengan pengarah Syamsul yusof ketika kontroversi penyingkiran Datuk Aaron Aziz menerusi filem The Original Gangster.
Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38 berkata semua pihak perlu menjaga tutur kata dan mengelakkan pergaduhan bagi menghormati bulan ramadan.
“Hormatilah ramadan. Tak perlu gaduh-gaduh. Setan pun off day. Jadi sapa yang setan sebenarnya?”
Sharnaaz menitip pesanan itu berserta tangkap layar ciapannya yang membalas pertanyaan peminat untuk dia dan Beto Kusyairy menarik diri dari filem The Original Gangster,
“Kami profesional. Kami tidak akan tarik diri sekerat jalan. Personal is personal. Saya tetap menyokong sepenuhnya dan menghormati Shamsul sebagai pengarah. Tanpa sangsi. Yang tahu saja tahu.”
“Makin banyak bercakap, takut terselak kain sendiri.”

Terdahulu kontroversi berlaku apabila Syamsul mendedahkan faktor usia, berat badan dan masalah kesihatan Aaron sebagai punca utamo aktor kelahiran Singapura itu digugurkan dari The Original Gangster.
Dua pelakon filem berkenaan iaitu Sharnaaz dan Beto Kusyairy serta penerbit dan pasukan koreografer turut tidak yakin Aaron boleh berlakon disebabkan masalah kesihatan dialaminya.
Buat yang ingin boikot filem OG
Sharnaaz juga berkata, ramai pihak yang telah berhempas pulas demi menjayakan The Original Gangster.
Baginya tidak adil jika filem itu diboikot hanya sebab masalah peribadi yang melanda pengarahnya selain kontroversi melibatkan Aaron.

“Jangan sebab amarah anda, dibunuh periuk nasi 60 orang lagi dibelakang tabir ini.”
Sharnaaz juga memesan agar netizen lebih bijak menilai situasi dan tidak cepat menilai sesuatu keadaan.

Sumber: Instagram SharnaazAhmad