Sharifah Sakinah merupakan antara nama artis yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Adik kepada Sharifah Shahirah dan Sharifah Haslinda itu juga cukup dikenali dengan perangai gila-gilanya.

Baru-baru ini Sharifah Sakinah ada berkongsi foto yang sensasi melalui akaun Instagram miliknya, @sharifah_sakinah. Gambar yang memaparkan dirinya yang berkemban tuala putih itu telah meraih pelbagai reaksi dari warganet.

Kongsi tips kulit cantik

Dalam kapsyen, Sharifah Sakinah telah berkongsi tips mendapat kulit yang coklat keperangan (tan).

“Ramai tanya bagaimana cara jaga kulit keperangan macam ni. Sunbathing, minum air banyak dan titisan vitamin C.” katanya.

Komen tidak senonoh

Antara komen yang mendapat perhatian ialah komen yang berunsur lucah daripada seorang pengguna Instagram. Sharifah Sakinah telah membalas komen tersebut dengan nada sinis ” Takut menyesal je”.

Ramai warganet turut menghantar komen balas dalam komen yang sama. Kebanyakan mereka menyokong tindakan Sharifah Sakinah menyelar individu tersebut. Ada juga yang tercuit hati dengan komen sinis tersebut.

Meskipun begitu, ramai juga yang memberikan komen positif dengan perkongsiannya itu.

“Bersih dan cantik kulit,” kata seorang peminatnya.

“Cantiknya,” puji seorang lagi pengikutnya.

Sekadar info, Sharifah Sakinah juga pernah mendedahkan yang dia menghidapi penyakit ADHD yang turut menggangu kehidupan sehariannya sejak beberapa tahun yang lalu.

Sumber: Instagram @sharifah_sakinah

[fbcomments]