fbpx

Pelakon lelaki Sharnaaz Ahmad mengaku tidak bersalah atas tuduhan menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut pada Jun tahun lalu.

Sharnaaz telah hadir ke Mahkamah Majistret Jenayah, Kuala Lumpur hari ini dan membuat pengakuan tersebut di hadapat Majistret Atiqah Mohamed@Mohamad Saim.

Terdahulu, Sharnaaz telah menimbulkan kontroversi direman tiga hari selepas disyaki menumbuk dan menendang seorang penghuni kondominium di Segambut.

Pelakon filem Juvana itu bertindak sedemikian apabila rakannya yang hendak menghantar minyak masak dilarang memasuki kawasan kondiminium berkenaan oleh seorang penduduk kondominium yang sama.

Sharnaaz menjelaskan sekali lagi pemuda tersebut bukanlah pegawai keselamatan di situ sebaliknya hanyalah penduduk di kondominium itu.

Dipercayai berlaku pertengkaran mulut di antara mereka sebelum aktor terbabit datang dan memukul mangsa.

Sumber: Sinar Harian

Sharnaaz didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum maksimum penjara setahun atau denda RM 2000 atau kedua-duanya.

[fbcomments]