fbpx

Penyanyi Shila Amzah meluahkan rasa syukur apabila kekasihnya yang juga pempengaruh, Ubai Mz, selamat menjalani pembedahan kecil membuang ketumbuhan di bahagian kepala pada 12 Mei lalu.

Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 33, berkongsi di Instagram Story, tingkah laku Ubai yang masih melayan peminat untuk bergambar meski pun tahap kesihatannya yang kurang baik.

“Korang tengok la ni, dalam masa mata senget sebelah pun ada orang nak ambil gambar”

Shila jelas terharu dengan tindakan Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25 yang bertimbang rasa dengan orang sekelilingnya, terutama peminat.

“Mata dia ada cyst tahu tak.. lepas ketumbuhan dekat belakang otak, sekarang dekat mata pula”

Dalam pada masa yang sama, dia sempat meminta peminat mendoakan kesembuhan untuk Ubai. Shila juga meluahkan rasa syukur apabila Ubai tidak mengalami sebarang komplikasi selepas pembedahan tersebut.

Ubai telah mengetahui akan ketumbuhan di kepalanya itu sejak tiga tahun lalu. Dia telah membuat pembedahan 12 Mei lalu kerana khuatir jika ianya akan membesar dan merebak.

Sumber: Instagram ShilaAmzah

[fbcomments]