Pelawak dan hos radio, Shuib, telah selamat bertunang denagn usahawan jelita Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, pada 23 Jun 2023.
Menurut laporan Gempak, Shuib,32, mengakui sentiasa meletakkan empat orang anaknya sebagai perkara paling utama. Dia juga mengatakan perkahwinannya kali ini adalah demi anak-anak kerana menjadi seorang duda bukanlah perkara yang mudah.
“Saya niat untuk anak-anak dan keluarga saya. Sebab menjadi seorang duda bukanlah muda. Anak-anak saya kecil lagi, 12,10,8 dan setahun lebih. Memang tak mudah, tak mudah.”
Kalau pilih diri sendiri akan terus membujang
Disebabkan itu Shuib mengaku memilih untuk berkahwin sekali gus menunaikan hasrat arwah isterinya, Siti Sarah agar anak-anak dibesarkan dengan sempurna.
“Jadi saya pilih anak. Kalau saya pilih diri sendiri, saya rasa saya akan terus membujang. Kalau saya pilih diri sendirilah,” tambah Shuib.
“Ada kawan tanya, kenapa kahwin lagi? Mungkin bujang lebih senang. Tapi saya ingat pesan arwah. Arwah mahu saya besarkan anak-anak dengan cara paling baik. Saya perlu ada orang bersama saya. Saya sedar diri, saya sedar kemampuan saya.”
Shuib juga berkata telah berbincang dengan anak-anak dan mendapatkan persetujuan mereka. Meskipun umur mereka yang masih kecil, namun Shuib merasakan anak-anaknya itu cepat dewasa disebabkan telah melalui pelbagai perkara.
“Uwais yang paling tua jadi dia yang terakhir beri persetujuan,” katanya.
Sekadar info, Shuib kehilangan isterinya, penyanyi Siti Sarah pada Ogos 2021 yang meninggal dunia kerana jangkitan COVID 19.
Sumber: Gempak