Pelawak dan penyampai radio popular, Shuib yang telah melangsungkan pernikahan bersama isteri barunya iaitu Watie pada Jumaat lepas telah meraih perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Terbaru, Shuib menerima beberapa berita yang tidak sahih dengan dikatakan beliau membeli dan menghadiahkan banglo buat isterinya sebagai hadiah perkahwinan.
Banglo Untuk Ibu, Bukan Untuk Watie
“Macam mana boleh timbul dakwaan saya belikan isteri banglo? Saya memang ada beli banglo, tetapi hadiah untuk ibu”, katanya ia menghadiahkan buat ibunya, Salamiah Jalani.
“Insya-Allah banglo yang dibeli di Johor akan siap pada Januari depan. Jadi cerita saya hadiah isteri banglo tidak betul”, jelasnya kepada BH Online selepas majlis pernikahannya di Putra Glass House, Putra Heights, Jumaat.
Ibu Shuib Masih Ingin Menjaga Anak Bongsunya, Ayash Affan
“Sebelum ini, ibu kata mahu jaga Ayash sampai pandai berjalan. Baru-baru ini saya tanya lagi, tetapi ibu kata tunggulah sehingga Ayash pandai bercakap pula”, ujar Shuib dan anaknya Ayash kini sudah berumur dua tahun.
“Tetapi tidak mengapalah, kerana ibu pun rajin turun ke Kuala Lumpur. Ada kala sebulan tiga kali ibu akan berulang-alik ke rumah saya”, jelasnya.
Kredit: BH Online