Baru-baru ini tular di laman sosial berkenaan isu Shuib yang dikatakan beliau mempunyai agenda Freemanson sejurus mengaitkan dengan kematian arwah isterinya, iaitu Allahyarhamah Siti Sarah.
Berita tidak berasas yang disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab itu telah membuatkan Shuib untuk menjejaki individu tersebut kerana mereka membuat hantaran berunsur fitnah dan memburukkan imejnya sebagai seorang artis.

Dituduh Ada Kaitan Dengan Agenda Organisasi F
Menurut kajian yang dibuat, individu yang mengaitkan dengan kematian arwah isterinya, Siti Sarah adalah agenda sebuah organisasi F yang dipercayai agenda Freemanson. Difahamkan, seorang lelaki di media sosial mendakwa bahawa Allahyarhamah dipaksa “ditidurkan” demi membuktikan risiko tinggi yang akan dihadapi sekiranya ibu mengandung tidak mengambil vaksin.
Freemanson Diguna Untuk Promote Vaksin?
Berdasarkan sumber Buzzkini, ahli Freemanson ini menggunakan artis untuk mempromosikan kebaikan vaksin, selain memaklumkan artis tersebut tidak boleh mengingkari arahan meskipun terpaksa mengorbankan keluarga sendiri.
“Tak sangka eh bekas mat kilang ni ahli F juga. Pasal arwah SS (Siti Sarah) itu pun kita memang tau dia dipaksa untuk ditidurkan sebab mamat ni nak buktikan pada ibu-ibu mengandung diluar sana yang kalau tak cucuk vaksin kau berisiko tinggi untuk mati”, kata individu tersebut.
Dia juga menambah ahli F yang duduk dibawah mereka adalah untuk mempromosikan vaksin dan tak boleh ingkar waimah ada ahli keluarga sendiri yang perlu dijadikan korban.
Shuib Akan Berdepan Dengan Individu Tersebut
Menurut sumber Mstar, Shuib sudah cuba untuk menghubungi individu berkenaan namun tiada sebarang respon diberikan. Beliau juga menegaskan untuk individu tersebut tampil di hadapannya sebelum tindakan undang-undang diambil.
“Assalamualaikum, banyak hari saya sabar. Hari ini saya terpanggil untuk berkenalan dengan mamat ini yang mana tulisannya terlalu hebat dan berani. Kenapa kau libatkan arwah isteri aku, Siti Sarah! Freemanson? Apa yang kau tahu, mari cakap depan-depan aku. 24 jam, cari aku! Lawyer tengah jalankan kerja, tunggu”, jelas Shuib dengan penuh rasa marah terhadap hantaran yang dimuat naik oleh individu terbabit.
Kredit: Mstar, Buzzkini