Pelawak dan usahawan, Shuib, akhirnya mengesahkan bahawa isterinya, Watie Hanifiah, kini sedang hamil selepas beberapa minggu memilih untuk tidak berkongsi khabar tersebut kepada umum.
Perkara itu disahkan sendiri oleh pasangan berkenaan ketika ditemui pada sebuah majlis pelancaran single penyanyi baharu, Amad Dayyan, di Gombak pada Selasa.
![]()
Selepas Keguguran, Shuib Umum Watie Kini Hamil Lima Bulan
Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 41, kandungan isterinya kini berusia lima bulan. Mengimbas kembali pengalaman terdahulu, Shuib mendedahkan bahawa kali pertama Watie hamil sebelum ini adalah ketika mereka berada di Madinah, yang mengingatkannya kepada arwah isteri, Siti Sarah, yang kali terakhir hamil anak bongsu mereka. Namun, kehamilan pertama pasangan itu tidak berkekalan dan Watie mengalami keguguran sekitar Mei lalu.
Shuib meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang sekali lagi untuk menimang cahaya mata bersama Watie. Katanya, mereka memang merancang untuk hamil dan Watie kini berjanji akan menjaga kandungan sebaik mungkin kerana sebelum ini dirinya aktif bekerja. Beliau juga mendedahkan bahawa pada peringkat awal, keluarga terdekat dan anak-anak tidak dimaklumkan mengenai kehamilan tersebut.
![]()
Pasangan itu akhirnya memilih untuk memberitahu anak perempuannya, Dzahira Talita Zahra, pada malam final program Talk To My Manager (TTMM). Shuib berkata Talita kelihatan sangat gembira sehingga aura positif itu terpancar ketika membuat persembahan di atas pentas kerana sudah mengetahui berita tentang kandungan ibunya. Namun mengenai jantina bayi, Shuib masih belum bersedia untuk berkongsi dan hanya mendoakan agar kandungan berada dalam keadaan sihat.
Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. Shuib sebelum ini mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan dengan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.
Kredit: OhBulan!