fbpx

Pelbagai andaian dan juga spekulasi telah mula dibuat apabila kemelut politik yang melanda ketika ini semakin menggusarkan.

Tindakan serta keputusan yang bakal dibuat oleh pentadbiran kerajaan yang sedang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir ketika ini nampaknya akan memberi nafas baru kepada politik negara.

Nukilan padu pengguna Facebook

Nukilan-nukilan hebat daripada warganet juga telah mendominasi media sosial dengan pelbagai persepsi terhadap gelombang politik yang dibawa oleh Tun M sehingga menjadi teka-teki kepada seluruh rakyat Malaysia.

Penulisan daripada Amir Hamzah ini telah membawa kita kepada sejarah politik Tun M yang telah memberikan kita sedikit pencerahan berkenaan Tun Dr Mahathir Mohamad

Apa yang mustahil bila disebutkan tentang Tun M?

Merungkai kembali tindakan-tindakan luar kotak Tun M ketika politik sedang ‘dipermain-mainkan’ oleh sesetengah pihak.

Dalam terpaksa, ini adalah perjuangan

Satu demi satu kerangka dilakukan oleh individu berusia 93 tahun ini dalam memastikan politik negara berada di satu tahap yang tidak dapat dijangka oleh semua pihak.

Merangka strategi yang tak dijangka

Pendirian beliau yang banyak berdiam diri ketika negara hebat dilanda isu-isu penyatuan memberikan persepsi negatif kepadanya. Padahal, beliau sedang merangka strategi yang pastinnya tidak terjangkau dek akal pihak-pihak tertentu.

Kemungkinan yang bakal berlaku tidak lama lagi akan membuktikan bahawa tenaga tuanya bukan boleh diperlekehkan kerana beliau lebih banyak ‘makan garam’ .

“Masa aku bina KLCC, korang baru belajar mengaji…”

Penulisan daripada pengguna Facebook itu juga sempat mengajukan soalan dimana suara-suara yang pernah merendah-rendahkan kredibiliti beliau ketika memegang tampuk pentadbiran.

Selamat mula buku baru wahai pemimpin Melayu

[fbcomments]