Aplikasi TikTok sering menjadi mangsa kecaman kebanyakan masyarakat Malaysia kerana dikatakan tidak berfaedah. Namun, ketika seluruh rakyat Malaysia sedang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai daripada kita memilih untuk memuat turun aplikasi TikTok bagi mengelakkan kebosanan yang melampau di rumah.
Aplikasi ini sangat popular dalam kalangan golongan mereka di bawah umur dan dikatakan membawa pengaruh buruk.
Malah baru-baru ini pula, dikatakan ia telah digunakan oleh golongan yang mempunyai minat seks terhadap kanak-kanak atau dipanggil pedofilia untuk memerangkap mangsa.
Justeru, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman sosialnya mengingatkan ibu bapa agar memantau anak-anak terutamanya ketika menggunakan aplikasi TikTok.