Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat atau nama sebenarnya Nur Suhada Binti Jebat menerusi perkongsian di Instagram hari ini memaklumkan dirinya dijangkiti Covid-19.

Penyanyi itu memaklumkan tidak mengalami simptom teruk sebaliknya hanya sakit tekak sahaja. Dia juga sempat meluahkan rasa rindu terhadap anaknya Ana Nayla yang berusia 2 tahun melalui Instagram story.

Ayda memberitahu dia telah dikesan positif selepas membuat swab test melalui kit ujian kendiri. Melalui hantaran yang sama Ayda sempat meminta maaf kepada individu yang bertemu dengannya semalam disamping meminta mereka melakukan swab test dalam tempoh dua tiga hari ini.

“Positive today. Siapa yang jumpa saya especially semalam please do swab test today and the next 2,3 days.. so sorry”

Ayda sempat mengingatkan mereka yang mempunyai simptom ringan sepertinya iaitu sakit tekak untuk terus melakukan ujian kendiri.

“I got no simptom yang teruk. Sakit tekak sahaja so please siapa yang sakit tekak jangan tunggu tunggu or biarkan ingat sakit tekak je. Swab terus ya. “

Menjengah ruangan komen, ramai yang menitipkan kata-kata semangat dan mendoakan kesembuhan buat penyanyi itu.

Sumber: Instagram Ayda Jebat

[fbcomments]