fbpx

Sejajar dengan kemajuan teknologi, Polis Diraja Malaysia telah menggunakan Sistem Pengurusan Rekod Jenayah PDRM dalam mengumpulkan senarai mereka yang memiliki rekod jenayah lampau.

Sistem yang digunakan memudahkan serta mempercepatkan urusan mengenal pasti individu yang mempunyai rekod lampau jenayah. Ini akan mempercepatkan tugasan anggota polis bagi mengumpul maklumat semua suspek.

Sindiket perkhidmatan bersihkan rekod jenayah

Menurut Malaysian Crime Watch – MyWatch, terdapat sindiket yang menyediakan perkhidmatan bersihkan rekod jenayah yang telah anda lakukan dalam sistem PDRM dengan bayaran tertentu.

Malah menurut kenyataan tu lagi, sindiket ini sudah lama bergerak namun kini mereka semakin berani mengiklankan perkhidmatannya itu.

“Sudah tentu ada “kabel” besar di belakang mereka.”

Sejauh mana kebenarannya tu, Awang pun tak pasti. Mohon PDRM & SPRM siasat perkara ini hingga ke lubang cacing & heret pelaku ke muka pengadilan!

[fbcomments]